Assalamualaikum...minggu lepas saya terima panggilan dari kenalan katanya Guru Besar SKUSJ20 minta dia carikan katering untuk 50 orang..menunya NASI ARAB...KURMA DAGING..dessert nak RED VELVET..dessert tuh InsyaAllah saya boleh lah yang lain hihi termenung gak saya..tup..tup ehm dalam kepala saya terus teringatkan adik saya Ween ..bukan rezeki lah sebabnya Ween ada komitment lain..
Kesian juga saya..orang mengharapkan..dah lah waktunya suntuk nak cari katering untuk bawah 50 orang leceh sikit sebab rata-rata katering memang nak 100 ke atas..maka saya dengan ikhlas hati tolonglah rakan saya ini..berkat pengalaman saya tinggal lama diperantauan yelah tiap kali raya atau jamuan makan mana kita nak cari katering masakan melayu so nak tak nak masak sendiri lah..InsyaAllah setakat 50 orang makan boleh lah saya sempurnakan..
NASI MANDY..ACAR SAYURAN..SAMBAL CILI & TAHINA
RED VELVET KEK
Ehm..tak sempat saya nak snap DAGING KURMA ( tak merasa daging kurma saya nak interprem dalam blog huhu )..terima kasih ya Cikgu Zaini..saya minta maaf kalau ada kekurangan ( terima kasih buat cik suami kerana menolong maklumlah saya mana ada assistant)..Kalau ada yang nak menempah boleh hubungi saya tapi saya hanya menerima tempahan bawah 50 orang dan di sekitar Subang Jaya,, Shah Alam sahaja.
Terima kasih..
No comments:
Post a Comment