Friday, March 11, 2016

Frozen food

     Assalamualaikum semua.... Alhamdulillah tahun baru dengan produk baru..yang sebenarnya frozen food bukan lah sesuatu yang baru buat saya..saya mula-mula berjinak dengan perniagaan makanan secara kecil-kecilan sekitar tahun 2003 dan frozen stuff seperti donut, karipap, cik mek molek, keropok lekor, samosa dan popiah adalah antara frozen stuff yang saya jual..ada yang buat sendiri dan ada juga yang saya ambil stok dari mak saudara saya~ tokeh  frozen food..
 
        Hampir 2 tahun saya berniaga frozen food sehinggalah kami sekeluarga "berhijrah sementara" ke tanah arab atas tuntutan kerja suami..pulangnya saya dari tanah arab lah baru saya mula menerima tempahan dessert seperti kek, tarts, cream puff dan seterusnya makanan berat antaranya nasi tomato, ayam masak merah, kurma daging, nasi mandy , bihun goreng dan sebagainya tapi terhad untuk 80 orang ke bawah sahaja..
 
        Dek kekangan masa saya berhenti dari menjual frozen food. Sejujurnya saya lebih suka mem"baking" dari makanan sejuk beku. Dari segi penyediaan, frozen food mengambil masa yang lama. Saya ambil contoh karipap ya bermula dari membuat inti kupas bawang, cili, kentang , bersihkan daging atau ayam kemudian mince kan dia, tumis bagai..kemudian buat kulitnya pula, canai , terap, masukan inti..memang renyah separuh hari baru dapat dalam 6 pek..heheh ini pengalaman  saya la yang tiada pembantu kalau ada yang menolong kejap je.
      Berbanding buat dessert atau makanan berat lebih mudah dan cepat..bila masuk oven atau dah siap tumis rempah dah boleh rehat..tunggu masak je...hehehe kemain panjang intro.. 
Tak apa la kita biarkan gambar berbicara la pula ya 
 
             \
 
        

Terima kasih

~~ NA ~~


No comments: