Thursday, January 4, 2018

Cream puff penutup 2017

                  Assalamualaikum.. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas rezeki yang dilimpahkan.. sedar tak sedar Januari 19 nanti genap 8 tahun INDULGE YOURSELF. Jujurnya saya tidak menjangkan ia akan kekal begini lama. 

                      Pada permulaan INDULGE YOURSELF sekadar untuk mengisi masa lapang saya apabila pulang ke tanahair setelah hampir 8 tahun merantau di negara orang. Hidup di negara orang tak banyak, sedikit pasti akan merindui masakan negara kita sendiri apatah lagi bila menetap di negara yang amat susah untuk mendapat makanan halal. Tekak terasa amat merindui segala jenis kuih muih, masakan tradisional dan bermacam-macam lagi.  Segala jenis masakan apam balik, satay, kuah kacang, rendang, keropok lekor, cendol you just name it, asal terasa nak makan maka pakcik google tempat yang dituju Bermula dari sinilah saya, dari zero to hero hehehe.. Pengalaman merantau ke negara orang banyak mengajar saya, yelah dulu asal teringin saja minta mak masak kan paling tidak tunjuk saja dan hulur duit.  Dari situ saya mula belajar masak segala yang diidamkan dan masak untuk kuantiti yang agak banyak. Adat hidup di negara orang, kawan dah macam saudara. Berjumpa, berkumpul  makan-makan bagi menghilangkan rasa rindu pada keluarga yang jauh  dan semestinya memasing menantikan masakan Malaysia.

                    INDULGE YOURSELF bermula dengan  pencuci mulut dan kek. I loveee baking so much. Saya tak pernah enroll mana-mana kelas masakan. Guru saya adalah youtube, blog masakan sifu-sifu terkenal dan juga rakan-rakan bakers yang lain. Mereka tidak pernah kedekut ilmu dan moga Allah sentiasa merahmati mereka. Dari desserts, pelanggan saya mula bertanya masakan lain. Saya tahu sedikit sukar untuk mencari tempahan katering yang kurang dari 50 orang, saya sendiri pernah melaluinya. Maka bermula dari situ lah INDULGE YOURSELF berkembang bukan setakat pencuci mulut tetapi segala jenis tempahan yang diinginkan. 

                Terima kasih yang tak terhingga buat semua yang telah menyokong saya selama ini. Sahabat handai, saudara mara dan semua pelanggan saya, juga terima kasih atas sokongan keluarga saya, yang sama-sama membantu saya menyudahkan tempahan bilamana tempahan yang diterima diluar kudrat saya seorang diri.  Love you guys..

                      Tempahan cream puff penutup tirai 2017 adalah dari jiran kakak saya Kak Ani di Subang Alam 







           Ini pula tempahan Ima dari Sri Tanjung.







Terima kasih
~~ NA ~~

** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 3 hari sebelum **

No comments: