Assalamualaikum, saya salute pada guru-guru zaman sekarang. Nak dibandingkan dengan zaman saya, tugas seorang guru sekarang amatlah mencabar. Segala benda guru kena buat, Entahlah mana silap bagi saya murid-murid sekarang "manja" semua nak kena disuap sudah lah aktiviti sekolah sekarang macam-macam. Walau pembahagian tugas sudah diberi tapi cikgu tetap juga kena turun padang. Kesian cikgu.
Saya masih ingat lagi kali pertama sekolah saya mengadakan Hari Terbuka dan setiap kelas atau persatuan dikehendaki membuka sebuah gerai. Persatuan saya tidak terkecuali dan setelah berbincang dan mendapat persetujuan semua kami mengagihkan tugasan. Salah satu menu jualan adalah cendol dan saya ditugaskan untuk membeli bahan-bahan. Masa itu tak banyak pasaraya atau mini market dan pasar yang berhampiran dengan rumah saya adalah Chow Kit. Dekat tak dekat 30min jugalah perjalanan dengan bas awam. Cikgu hanya memantau dan tiada rungutan dari kami kerana kami tahu apa yang cikgu buat adalah untuk kebaikan kami juga supaya kami tahu apa erti tanggungjawap, kerjasama sepasukan dan membina jati diri agar menjadi insan yang berguna kelak. Terima kasih cikgu.
Panjang pula mukadimah kali ini bukan apa sejujurnya saya sedikit terganggu dengan sikap generasi Y dan Z. Hanya satu perkataan boleh saya unggapkan ~PELIK. Saya pelik dengan cara pergaulan mereka dengan rakan-rakan, cara mereka berinteraksi dengan guru, cara permainan mereka ada tika saya tak mampu nak hadam geleng kepala saja lah sambil berdoa moga Allah jaga perilaku anak-anak saya.
Tempahan kali ini dari rakan sekolah saya Ayu, yang juga seorang pendidik untuk jualan di Hari Keusahawanan sekolah beliau. Dari menempah, mengambil tempahan, repacking semua dibuat beliau. Murid-murid hanya menjual sahaja. Itu saya katakan awal tadi betapa untungnya anak murid zaman sekarang. Moga Allah memberkati para cikgu sekalian.
Antara yang bakal dijual adalah
CREAM PUFF KASTARD
STRAWBERRY/BLUEBERRY CHEESE TART
RISOLES AYAM CHEESE
Terima kasih
~~ NA ~~
** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 4 hari sebelum **
No comments:
Post a Comment