Assalamualaikum semua.. saya rangkulkan semua tempahan sepanjang bulan Mei.
Sahabat saya Ly dari USJ17 menempah Olio Aglio dan juga Kaswi Pandan untuk dijamu pada para petugas Unit Physiotherapy KPJ Shah Alam.
Ini pula dari sahabat sekolah saya Noorin untuk jamuan mesyuarat pejabat beliau.
Nasi Mandy Ayam
Lasagna ayam ini ditempah oleh anak pada sahabat saya Ly di USJ17.
Jiran saya Kak Sue menempah Rendang Ayam untuk majlis jamuan ilmu.
Sahabat saya Ida dari Putra Heights menempah set Nasi Mandy Ayam dan Kambing untuk jamuan sambutan harilahir putera beliau.
Nasi Mandy Ayam
Sahabat sekolah saya Norsuhaida juga menempah Nasi Mandy Ayam dan Kambing.
Sekali kali set Nasi Mandy Ayam ditempah oleh kawan saya Norsuhaida untuk disedekahkan buat anak-anak tahfiz.
Mango Cheese Cake ini pula ditempah oleh jiran saya Kak Halipah.
Noorin sahabat sekolah saya meminta saya masakkan beberapa juadah untuk dijamu pada tetamu yang berkunjung ke rumah beliau.
Nasi Mandy Ayam
Ly dari USJ17 menempah Kaswi Pandan.
Tempahan CREAM PUFF sepanjang bulan ini dari Kak Sue dan Syakilla di Sri Tanjung .Mak lang di Sungai Buloh juga dari Ranita yang menetap di USJ4.
~~ NA ~~
No comments:
Post a Comment