Assalamualaikum semua, Alhamdulillah masih diberikan rezeki yang tak putus-putus dari Allah. Terima kasih semua.
Awal tempahan dari Josephian dari USJ4 yang menempah Ruby Jelly Pudding.
Seterusnya tempahan juadah majlis doa selamat dari saudara saya Kak Dah di USJ3.
Ayam Goreng Berempah
Creampuff Kastard
Sayur Campur
Sahabat dari zaman sekolah saya Noorin pula meminta saya menyediakan santapan makan malam.
Rendang Daging
Ayam Masak Merah
Macaroni Goreng
Puan Shamala dari USJ3 menempah Sandwich Telur dan Sandwich Tuna untuk minum petang.
Puan Josephine sekali lagi menempah Ruby Jelly Pudding.
Antara pelanggan tetap saya, Puan Mary dari SS15 pula meminta saya masakkan juadah untuk jamuan harilahir anak nya.
Nasi Tomato
Rendang Ayam
Roti Jala tempahan dari Puan Mas di Putra Heights.
Tempahan Nasi Mandy ini dari adik saya Wanie di USJ2 bersempena majlis tahlil arwah bapa kesayangan.
Sedekah Jumaat sepanjang bulan Ramadan dari Puan Masha untuk anak-anak RACTAR.
Sagu Gula Melaka
Fruit Tart
Apam Polkadot
Agar-agar Mangga & Agar-agar Santan
Pudding Jelly
Mini Cuppies
Pudding Caramel
Puan Anne dari USJ17 pula menempah Creampuff Kastard dan juga Apam Polkadot.
\
Apam Polkadot sebagai doorgift untuk majlis tadarus Al-Quran ditempah oleh jiran saya Kak Hasnah.
Puan Syidah dari Batu 3 pula menempah juadah berbuka puasa. Antara yang menjadi pilihan.
Sandwich Ayam Teriyaki
Roti Jala dan Kari Ayam
Chewy Gooey Brownies
Penutup tempahan untuk bulan Ramadan dari kak Ani di Subang Alam, Pulut Kuning dan Rendang Ayam untuk majlis khatam dan tadarus Al-Quran.
Tempahan Creampuff Kastard sepanjang bulan April dari Wanie di USJ2, Atie dan Kak Sue dari Sri Tanjung, Kak Dah yang berada di USJ13 dan kawan anak saya, Hazly dan Ziyad,
Terima kasih
~~ NA ~~
No comments:
Post a Comment