Assalamualaikum semua. diharap sentiasa sihat dan dalam lindungan kasih Allah. Alhamdulillah untuk semua rezeki moga rezeki ini terus mengalir tanpa henti.
Tempahan dari Mrs Yvonne yang menetap di Puchong. Fruit tart dan juga Nutella tart menjadi pilihan.
Puan Nazly dari USJ17 meminta saya menyediakan Nasi Ayam untuk sahabat beliau.
Roti Jala ini ditempah oleh Puan Pamela di SS18.
Sekali lagi Puan Nazly meminta saya memanjangkan sedekah anak beliau. Bihun Singapore menjadi pilihan.
Mrs Christine dari USJ6 menempah Fruit Tart.
Fruit Tart ini pula datangnya dari Mrs Yvonne.
Puan Nita yang menetap di USJ4 telah menempah pemanis mulut sempena jamuan hari lahir ibu mertua beliau.
Cream Caramel
Apam Polkadot
Puan Nazly di USJ17 menempah kuih tradisional.
Seterusnya menu untuk anak-anak tadika adik saya Wanie. Disebabkan Wanie terpakasa berkurung akibat +ve Covid maka saya diminta untuk menyediakan menu selama tiga hari berturut-turut. Antara yang ditempah adalah
Nasi Goreng Cina
Ayam Kicap Berempah
Bihun Goreng Singapore
Kari Daging dengan Kentang
Kurma Ayam dengan Kentang
Roti Jala bersama Kari Ayam dan Kentang ini pula tempahan dari sahabat saya Ida di Putra Heights.
Cream Puff sepanjang September ditempah oleh Kak Sue di Tanjung, jiran saya Kak Halipah, saudara saya Abang Adli di SS14, Wanie yang menetap di USJ2 dan kawan anak saya Marlis.
Creampuff Red Velvet dari Puan Masha Putra Heights.
Sepupu saya Suri dari USJ21 menempah Creampuff Kastad dan juga Red Velvet
Terima kasih
~~ NA ~~
No comments:
Post a Comment