Assalamualaikum dan Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan, rezeki daei Allah untuk melangkah ke tahun 2023. Doa saya moga tahun 2023 ini Allah melimpahkan lagi rezeki buat kita dan moga kita menjadi hambaNya yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum.
Pembuka tirai tempahan tahun ini dari Puan Syidah di MBB Taipan meminta menu minum petang. Antara yang menjadi pilihan adalah
Pavlova
Fruit tart
Creampuff
Sandwich Tuna
Macaroni Goreng
Roti Jala & Kari Ayam
Nasi Lemak sedekah Jumaat dari Puan Syidah MBB Taipan untuk teman sepejabat.
Apam Polkadot ini pula dari jiran saya Kak Hasnah
Rendang Ayam mengejut dari Puan Mary SS15, kenapa saya kata mengejut? sebab beliau telefon saya kurang dari 2 jam hahah macam lipas kudung saya Puan Mary ini antara regular customer saya makanya tak sampai hati saya nak menolak. Love u sis.
Kawan anak saya Sofe Elisha menempah juadah makan tengahari untuk santapan pembentangan kerja kursus beliau bersama rakan-rakan pelajar di UITM.
Nasi Tomato
Ayam Masak Merah
Acar Sayur
Creampuff dan Air Sirap
Fruit Tart
Seterusnya tempahan dari Puan Anne yang berpejabat di Taipan USJ
Sandwich Tuna
Roti Jala
Kasui Gula Melaka
Serimuka
Ruby Jelly
Adik saya Ween pula menempah Fruit Tart dan juga Chocolate Tart.
Creampuff dan Fruit Tart ini pula tempahan dari Puan Nordiah di Shah Alam.
Kawan sekolah saya Noorin meminta saya masakkan juadah sarapan pagi untuk mesyuarat di pejabat beliau.
Nasi Lemak
Sandwich Telur
Creampuff
Sambutan hari kelahiran anak saudara saya Daud, ummi nya telah menempah Macaroni Goreng dan juga Chocolate Cuppies Blueberry Filling untuk diraikan bersama teman-teman sekolah.
Puan Pamela dari SS18 menempah Nasi Tomato,Ayam Masak Merah dan Acar Sayur.
Pulut Kuning dan Sambal Tumis Ikan Bilis ini pula dari Puan Zaty di Damansara.
Puan Hanim di Amcorp Mall menempah Roti Jala dan Kari Ayam
Majlis bacaan Yassin MBB Taipan Puan Syidah menempah beberapa juadah
No comments:
Post a Comment