Assalamualaikum semua, Alhamdulillah atas segala nikmat rezeki dari Yang Esa, moga kalian juga sentiasa dimurahkan rezeki.
Tempahan bulan ini di mulakan dengan juadah NASI GORENG KAMPUNG dari Puan Hanim untuk jamuan Majlis Bacaan Yaasin pejabat beliau yang terletak di Amcorp Mall.
Seterusnya 2 kotak ROTI JALA oleh Puan Pamela di SS18.
Puan Ayu dari Maybank USJ pula menempah 2 set PULUT KUNING dan RENDANG AYAM sempena meraikan ulangtahun kelahiran rakan sepejabat.
Puan Shazlin dari Mercu Maybank menempah juadah tengahari, antara nya adalah
NASI TOMATO & AYAM MASAK
Puan Syidah pula menempah PULUT KUNING juga RENDANG AYAM sempena hari kelahiran anak saudaranya.
Cikgu Hanim, guru kelas anak saya pula meminta saya buatkan MEE GORENG untuk jamuan kelas sempena Hari Kanak-Kanak.
Last minute order CHOCOLATE dan VANILLA MINI CUPPIES dari adik saya Ween untuk jualan karnival sekolah anak nya.
Puan Siti yang berada di Sri Tanjung menempah beberapa juadah utnuk majlis tahlil arwah suami.
KASUI GULA MELAKA
CREAM PUFF yang ditempah sepanjang bulan ini adalah dari Faridah, Syakilla dan Kak Sue dari Sri Tanjung, Engku Naimah dan Puan Nora yang menetap di USJ18 dan yang terakhir Puan Norisyam di USJ17.
Terima kasih
~~ NA ~~
No comments:
Post a Comment