Assalamualaikum semua Alhamdulillah atas segala rezeki dari Allah, Moga rezeki ini sentiasa mengalir laju. Pembuka rezeki bulan Oktober dari Puan Azliza di USJ 20 yang meminta saya buatkan SANDWICH TELUR.
Puan Faizanah di USJ4 pula menempah pencuci mulut sempena sambuatan Maulidur Rasul.
CREAM PUFF
RUBY JELLY
Seterusnya ROTI JALA ini ditempah oleh saudara saya Irah di USJ13 dan Puan Anita yang berada di Putra Heights.
Sahabat sekolah saya Mazlinda meminta saya menyediakan juadah untuk pot luck tempat intern anaknya. Terima kasih banyak sahabat sudi menempah, jauh ti dari Bangi.
CREAM PUFF
CHEWY GOOEY BROWNIES
KEK BUTTER
Sepupu saya Ila dan rakan sepejabatnya di UiTM Shah Alam menempah beberapa juadah, antaranya
TAUHU BERGEDIL
CREAMPUFF
FRUIT TART
Pelanggan saya yang ini agak istimewa Puan Shireen di Bukit Kiara, hampir 8 tahun yang lalu pernah menempah untuk majlis ulangtahun kelahiran anak saudaranya, kali ini dia menempah untuk nak sendiri, Punya la gigih dia gali mencari nombor saya heheh. Antara menu yang menjadi pilihan,
CREAMPUFF
SANDWICH TELUR
SANDWICH TUNA
CHEWY GOOEY BROWNIES
SPAGHETTI BOLOGNESE
NUGGETS
MINI CHOC CUPPIES
FRUIT TARTS
Infaq Jumaat minggu ini kita buatkan MEE GORENG.
CREAMPUFF ditempah oleh Puan Kharin di Putra Heights, 2 minggu berturut haa hehhe dan juga dari Cik Ana di USJ18.
Terima kasih
~~ NA ~~










































