Monday, December 20, 2010

Selamat kembali ke tanahair kepada semua tetamu ALLAH

     Assalamualaikum...sebelum terlambat saya ucapkan selamat pulang kepada semua haji dan hajjah yang cukup bertuah terpilih untuk menjadi tetamu ALLAH pada tahun ini termasuk lah ibu mertua saya ~ Hajjah Zaitun dan juga ibu/bapa saudara kepada adik ipar saya Atil ~ Haji Uncle Azhar dan Hajjah Cik Anis.
      Sempena menyambut kepulangan ibu/bapa saudara kepada adik ipar saya ~ Atil telah menempah VANILLA CUPPIES..bertuah betul lah Uncle Azhar dan Cik Anis punya anak sedara yang cukup prihatin...thanks Atil...muaahhh...

       Atas sebab-sebab kesihatan, nampaknya lepas ini saya terpaksa limitkan order..keadaan tak mengizinkan saya untuk terima order dalam jumlah yang banyak....InsyaAllah  kalu diizinkan keadaan..waktu dan yang paling utama dizinkan ALLAH...bila semuanya kembali normal saya akan  bersilat di dapur kecik saya neh...saya minta maaf banyak-banyak ye pada yang membuat tempahan..you know who you are... :-) ..InsyaAllah moga kita berjumpa tahun hadapan...SELAMAT TAHUN BARU 2011..

Terima kasih...


Friday, December 17, 2010

Apam dan apam lagi....muffin pun ada....

         Assalamualaikum..hihihi..malas sungguh nak update blog..kasi peram lama-lama baru sedap..macam ikan pekasam tuh....hihihi
        Repeat order kali yang dah tak terkira dari Cikgu Shahariah ~ APAM KUKUS..potluck jamuan akhir tahun sekolah puteri cikgu..huhuhu tengok punya lah lama peram..sekolah pun dah nak buka semula dah...terima kasih cikgu yer..

    Yang dibawah ini pula order dari jiran masa saya kecik-kecik dulu ...gi sekolah agama sama-sama..main sama-sama..lepas 19 tahun baru bertemu semula..terima kasih ler pada Facebook...trimas Saifaridah @ Ida jauh di Taiping nuh~ APAM KUKUS BLUEBERY/STRAWBERRY dan MINI VANILLA MUFFIN dengan filling STRAWBERRY dan BLUEBERRY...




Terima kasih...