Monday, November 18, 2013
Reunion lagiiii
Assalamualaikum semua..semalam saya ber reunion lagi dengan rakan-rakan sekolah menengah saya..
Alhamdulillah walau dah puluhan tahun meninggalkan alam persekolahan kami masih lagi keep in touch..zaman serba maju sekarang neh tiada alasan untuk tidak bertanya khabar..kota ada whatsup..FB..wechat dan bermacam-macam lagi..lian lah dulu-dulu kena gi pejabat pos beli stem pastu tunggu la 3..4 hari baru la dapat khabaran..
Antara yang diorder oleh tuan rumah Puan Taty..terima kasih ye taty dan kawan2 kerana sudi menyediakan juadah yang enak-enak.
Strawberry dan blueberry cheesetart
Fruit tart
Cream Puff
Door gift tuan rumah buat kawan-kawan yang datang..
Crunchy Almond
Inilah dia kawan-lawan saya..sayang anda semua..
Terima kasih
Monday, October 21, 2013
HAPPY BIRTHDAY MOM!!!
Assalamualaikum...semalam 20 Oktober ulangtahun kelahiran bonda saya...kebetulan juga bonda saya ada di sini maka kami adik beradik berpakat untuk meraikannya..
Kek lapis puding pandan
Terima kasih kepada adik-adik saya yang sudi sponsor tempat dan juga nasi arab lauk ayam dan kambing yang super marvellous..siap tapau lagi tu..
Bahan bukti neh 😊
Terima kasih..
Tuesday, October 8, 2013
Siaran tertunda
Assalamualaikum..wallah wehh liatnya nya update.. CHOCOLATE TART tempahan dari Ween sempena ulangtahun puteranya..
Ini pula order dari kawan sekolah saya Maz.. Last minute mini re-union tapi malangnya saya tak dapat join sebab ada program lain yang dah lama dirancang..InsyaAllah ada rezeki kita gather-gather lagi ye kawan-kawan
CREAM CUSTARD PUFF
Terima kasih..
Saturday, September 7, 2013
Kenduri Tahlil buat yang telah pergi meninggalkan kita
Assalamualaikum... Al-Fatihah buat mereka yang terdahulu pergi mengadap Yang Maha Esa termasuk ayahanda saya yang amat saya kasihi dan sayangi...
Order kali ini dari Kak Ani yang pernah berjiran rapat dengan saya sekarang dah berpindah ke Subang Alam. Walaupun dah bertahun pindah tapi kami masih lagi bertanya khabar dah macam adik beradik dah kami neh.
Ayahanda Kak Ani telah pulang ke rahmatullah pertengahan Ramadhan yang lalu.Jumaat lepas Kak Ani adakan tahlil buat arwah ayahanda..
Apam Kukus Blueberry buah tangan dari saya ketika menghadiri tahlil.
Terima kasih..
~ NA ~
Tuesday, August 27, 2013
Eppy Besday to uuuu
Assalamualaikum...INDULGENCE CHOC CAKE saya buat untuk meraikan ulangtahun kelahiran adik bongsu saya yang ke "tuut".. Hihihi kang bagitau kang anda semua boleh teka pulak berapa tua nya saya 😉
Terima kasih...
~ NA ~
Tuesday, June 18, 2013
Selamat Hari Bapa
Assalamualaikum semua...buat semua bapa.. ayah... papa.. baba..walid dan tak kira apa jua gelaran pun saya ucapkan SELAMAT HARI BAPA teristimewa buat ayahanda tersayang saya yang telah pulang ke rahmatullah 4 tahun lalu ( 7 Syaaban = 16 Jun ) dan suami tercinta..
Order sempena hari bapa oleh Cikgu Shahariah tentunya khas buat ayahanda tercinta juga suami tersayang ..terima kasih cikgu..
Wednesday, June 12, 2013
Almond Butterscotch dari isteri buat suami
Assalamualaikum...baru nak update walhal lama dah hihihi.. ALMOND BUTTERSCOTCH KEK ditempah oleh Puan Ija Haja buat suami tercinta yang menyambut ulangtahun kelahiran..
Yang sebetulnya ada 2 kek yang sama ditempah 1 untuk jamuan di rumah dan satu lagi untuk dimakan bersama rakan-rakan suaminya di opis tapi malangnya kek yang untuk dirumah MIA..dah jenuh saya selongkar tak berjumpa :-(
Selamat harilahir buat suami Ija ya..moga Allah sentiasa berikan yang terbaik di dunia dan akhirat..InsyaAllah..
Terima kasih
Friday, May 24, 2013
Sahabat untuk selamanya..tribute untuk MGS Class of 91'
Assalamualaikum..saya sangat suka qoute yang satu ini "friendship is another kind of love..it's a happy felling you get when you are laughing"...sahabat masa kita suka senang nak carikan tapi sahabat masa kita duka amat payah nak jumpa...kalau kita jumpa sahabat yang bersama kita waktu kita susah dan senang maka jagalah persahabatan itu ya..
Kek CHOCOLATE INDULGENCE neh diorder oleh Maz sebagai tanda meraikan kami semua..Alhamdulillah..murah rezeki awak nanti besan..
Saya pula bawa STRAWBERRY & BLUEBERRY CHEESE TART
Alhamdulillah saya dikelilingi rakan-rakan yang semuanya mengambil berat antara satu sama lain..jika ada kesempatan kami akan berkumpul bersama...bertukar cerita..maklumlah dulu masing-masing dengan uniform sekolah sekarang masing-masing dah berkeluarga memang banyak lah ceritanya..
Baru-baru ini kawan saya telah baik hati menganjurkan mini re-union di kediaman nya..terima kasih Wan Nasyariah kerana menjadi host yang vavavoom gitu..meriah makanan yang dimasak dan dibawa oleh kawan-kawan..terima kasih juga buat kawan-kawan saya yang dapat menghadirkan diri pada hari tu..Murni..Taty..Siti..Maz..Ina..Sham..buat Wati..maaf tak dapat tunggu ya..dan untuk rakan-rakan MGS Class of 91' yang lain InsyaAllah ada waktu dipanjangkan umur kita berjumpa lagi..sayang kalian ketat-ketat..
Terima kasih
Order dari cikgu untuk cikgu
Assalamualaikum..yang ini ada sedikit isimewa sebabnya order diterima dari Cikgu Taty Shahariah..MINI PAVLOVA sebagai tanda penghargaan beliau kepada guru-guru anaknya..CHEWY GOOEY BROWNIES pula untuk jamuan perpisahan rakan-rakan guru yang telah tamat melanjutkan pelajaran..salute saya dengan cikgu..bukan senang nak bahagikan masa sebagai guru..pelajar dan surirumah dalam satu masa...
CHEWY GOOEY BROWNIES MINI PAVLOVA
Ini pula buahtangan buat cikgu-cikgu yang mengajar anak-anak saya..VANILLA CUPCAKE dalam mug..
Terima kasih
Thursday, May 23, 2013
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum SELAMAT HARI GURU saya ucapkan buat semua guru-guru yang tidak kenal erti jemu mendidik anak bangsa hingga berjaya.
Order dari Anis SKUSJ20 untuk sambutan hari guru di sekolah SKUSJ20
RED VELVET KEK
KEK ALMOND BUTTERSCOTCH
Yang di bawah ini saya buat sebagai penghargaan saya kepada guru-guru yang telah mendidik anak-anak saya sehingga kini..TERIMA KASIH CIKGU!!!
VANILLA CHOC CHIP CUPCAKE & CHEWY GOOEY BROWNIES
Terima kasih
Wednesday, May 22, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)