Assalamualaikum..saya sangat suka qoute yang satu ini "friendship is another kind of love..it's a happy felling you get when you are laughing"...sahabat masa kita suka senang nak carikan tapi sahabat masa kita duka amat payah nak jumpa...kalau kita jumpa sahabat yang bersama kita waktu kita susah dan senang maka jagalah persahabatan itu ya..
Kek CHOCOLATE INDULGENCE neh diorder oleh Maz sebagai tanda meraikan kami semua..Alhamdulillah..murah rezeki awak nanti besan..
Saya pula bawa STRAWBERRY & BLUEBERRY CHEESE TART
Alhamdulillah saya dikelilingi rakan-rakan yang semuanya mengambil berat antara satu sama lain..jika ada kesempatan kami akan berkumpul bersama...bertukar cerita..maklumlah dulu masing-masing dengan uniform sekolah sekarang masing-masing dah berkeluarga memang banyak lah ceritanya..
Baru-baru ini kawan saya telah baik hati menganjurkan mini re-union di kediaman nya..terima kasih Wan Nasyariah kerana menjadi host yang vavavoom gitu..meriah makanan yang dimasak dan dibawa oleh kawan-kawan..terima kasih juga buat kawan-kawan saya yang dapat menghadirkan diri pada hari tu..Murni..Taty..Siti..Maz..Ina..Sham..buat Wati..maaf tak dapat tunggu ya..dan untuk rakan-rakan MGS Class of 91' yang lain InsyaAllah ada waktu dipanjangkan umur kita berjumpa lagi..sayang kalian ketat-ketat..
Terima kasih