Assalamualaikum... puasa sebulan maka raya juga kena la sebulan..betul ke? hehehe. Tak kisah la kan janji budaya kunjung mengunjung masih diteruskan.
Alhamdulillah minggu lepas dan minggu ini antara yang tersibuk buat saya. Trend sekarang bukan takat "open house"..ada juga "open office" untuk mereka yang bekerja dan anak-anak juga tak terkecuali ada "open class" di sekolah.. Lepas jamuan di kelas memasing boleh pula merayau ke kelas-kelas lain. Untung sungguh zaman sekarang. Alhamdulillah, syukur rezeki masih dimana-mana.
Tempahan Nutella Cheese Tart dan Chewy Gooey brownies dari rakan sepejabat Ida dan jiran saya, Majidah.
Mini coklat cuppies pula untuk jamuan hari raya di sekolah anak-anak jiran saya, Majidah dan juga jamuan hari raya tadika anak saya.
Cream puff ini pula dari sahabat saya, Mas sempena majlis rumah terbuka untuk rakan-rakan sekolah anak beliau yang juga sekelas dengan anak saya.
Kak Hamidah dari Sg Buloh menempah cream puff kastard dan red velvet cream puff
Akhir sekali, sahabat saya Nazly dari USJ17 juga menempah cream puff kastard.
Terima kasih
~~ NA ~~
** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 3 hari sebelum **