Assalamualaikum, pengalaman saya terbeli mee kuning yang menggunakan asid boric yang berlebihan memaksa saya merajinkan diri "menggelek" sendiri mee kuning setiap kali keinginan keluarga yang berkehendakkan mee goreng mahupun mee sup. Acap kali juga saya diminta oleh sahabat untuk menjual mee buatan sendiri tapi biasalah vitamin M4L45 tu agak tebal. Makanya tiap kali saya buat untuk makan sendiri saya akan lebihkan sedikit untuk diberi kepada sahabat-sahabat.
Sejujurnya pembuatan mee kuning tidak lah menggunakan modal yang banyak akan tetapi proses pembuatan mee itu sendiri sedikit leceh dan memenatkan. Bermula dari menguli tepung untuk mendapatkan doh yang sesuai diikuti dengan proses menggelek doh tersebut beberapa kali sehingga licin dan setelah ia licin gelek lagi untuk mendapatkan mee yang halus, Seterusnya proses merebus mee pula, air kena kerap ditukar supaya mee tidak terlebih kanji. Jika terlebih kanji mee akan melekat antara satu sama lain dan sedikit rumit untuk meleraikan mee tersebut. Setelah ditos mee direnjis-renjis dipilis dengan minyak masak bertujuan supaya mee cantik dan tidak bergumpal. Setelah sejuk barulah boleh dimasak mengikut selera. Bab menguli saya serahkan pada "pembantu" saya dia lah yang selama ini setia menguli doh untuk dibuat karipap, roti atau pun memutar krim dan juga pelbagai jenis kek saya. Yang menguji ketahanan saya bab menggelek tu hadoiii kalau lah hari-hari saya buat mee mau sado saya 😁 .
Terima kasih
~~ NA ~~