Assalamualaikum semua pengunjung dan pelanggan setia INDULGE YOURSELF yang saya sayangi..moga sentiasa dalam barakah dan rahmat Allah selamanya.
Tempahan dari Puan Mary membuka tirai untuk bulan ini..Beliau antara loyal customer saya dan tak banyak karenah,,sayang sangat dapat customer macam neh..tq so much sistur 💋. Antara juadah yang ditempah untuk jamuan tahun baru 2021.
Rendang Daging
Tanggal 17 Januari adalah hari kelahiran anak saudara saya. Atas permintaan Daud untuk meraikan harilahir bersama kawan-kawan tadika dan oleh sebab 17 Januari jatuh pada hari Ahad makanya majlis sambutan ditunda ke hari Isnin. Umi Daud, Atil telah menempah Macaroni Carbonara dan Chocolate Fudge Cuppies dengan edible image bertemakan Spiderman. Buat anakanda Ahmad Daud, mama ucapkan selamat harilahir moga jadi anak yang membanggakan semua..💓
Kita teruskan dengan tempahan pemanis mulut dari Puan Anne USJ18. Kasui Gula Melaka dan Kuih Lapis menjadi pilihan beliau.