Assalamualaikum kesayangan....moga sentiasa dalam barakah Allah hendaknya.
Tak perlu celoteh banyak lah ya, saya rangkulkan semua tempahan yang diterima sepanjang bulan Februari. Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang tak pernah putus.
Sahabat saya Ly dari USJ17 menempah KASWI PANDAN.
Seterusnya adalah dari kawan saya Fae, kami kenal sejak anak-anak kami sekelas dari darjah 2 hingga lah tamat UPSR. Kemudian Noen yang juga bff anak saya melanjutkan pelajaran ke asrama penuh. Alhamdulillah Noen dapat meneruskan pengajian dalam bidang yang diminati. Kenduri doa selamat diadakan seebelum Noen terbang ke bumi Korea. All the best Noen, jaga diri ditempat orang ya..moga sentiasa berjaya.
Ayam Masak Merah
Tempahan Nasi Mandy ini pula dari rakan anak saya Kerin.
Nasi Mandy Kambing
Vanilla Sponge Kek dengan Buttercream topping bertema kan kek Hagrid to Harry Potter ini adalah tempahan kawan anak saya.
Roti Jala dan Pudding Caramel ini pula adalah dari sahabat saya, Ja semasa kami sama-sama menumpang hidup di negara orang dulu kala
Jiran saya Sue menempah Roti Jala dan Kari Ayam
Ini pula tempahan dari kawan saya Ida dari Putra Heights meminta saya menghantar makanan yang ditempah ke Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah RACTAR
Nasi Tomato
Tempahan Cream Puff sepanjang bulan ini dari Kak Sue dan Atie yang menetap di Sri Tanjung