Assalamualaikum semua.. moga kalian sentiasa dalam keadaan yang baik-baik ya. jaga diri memasing tau.
Rangkulan tempahan sepanjang bulan September. Alhamdulillah atas rezeki yang tak pernah putus Ya Allah.
Puan Atie dari Sri Tanjung menempah Set Nasi Mandy Kambing dan juga CHEESE TART.
Kawan anak saya Qairin yang menetap di Putra Evenue juga menempah Set Nasi Mandy Kambing.
Jiran saya Sue minta dibuatkan Roti Jala dengan Kari Ayam dengan Kentang.
MINI PAVLOVA pengganti kek sempena ulang tahun kelahiran Elisha, rakan anak saya.
Nazli juga kawan saya dari USJ17 menempah Kuih Kasui Gula Melaka.
Seorang lagi kawan anak saya Nisaa di USJ18 menempah Sandwich Telur sebagai buah tangan untuk seorang lagi kawan mereka, Marlis yang akan berangkat melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Roti Jala ditempah oleh saudara saya Kak Dah di USJ13 dan juga sahabat saya Mas dari Putra Evenue.
Kak Halipah jiran saya menempah Oreo Cheesecake.
Kawan sekolah saya Siti meminta sata buat kan Set Nasi Mandy Ayam dan Kastad Cream Puff.
Roti Jala dan Kari Ayam Kentang ini pula dari anak kawan saya Nazli dari USJ17.
Jiran adik saya Paun Faridah di Puchong menempah Nutella Cheesetart dan juga Chocolate Cream Puff.
Antara yang menempah Korean Cheese Garlic Bun adalah Adela dari The Glades, Fae Puchong, jiran saya Ida, Kak Halipah dan Kak Sue.
Cream Puff pula ditempah oleh Atie dan Kak Sue di Sri Tanjung, jiran saya Kak Halipah, kawan sekolah saya Zie.