Assalamualaikum semua...cepatnya masa berlalu, dah pun bulan terakhir tahun 2021. Alhamdulillah yang tak terhingga atas segala rezeki yang Allah berikan buat saya dan jutaan terima kasih saya buat semua pelanggan INDULGE YOURSELF. Moga tahun baru 2022 memberi segala yang baik-baik sahaja buat anda dan doa saya moga saya terus diberikan kesihatan yang bagus untuk saya meneruskan INDULGE YOURSELF.
Tempahan hari pertama bulan Disember dari Puan Mary, beliau antara pelanggan yang boleh dikatakan saban bulan akan menempah juadah dari saya. Alhamdulillah senang sangat berurusan dengan beliau. Antara hidangan yang ditempah sempena jamuan ulangtahun kelahiran anak beliau adalah
Rendang daging
Nasi Tomato
Ayam Masak Merah
Acar Sayur
CHOCOLATE CUPPIES ini pula ditempah oleh adik ipar saya Atil untuk dihadiahkan kepada rakan sejawatan sempena ulangtahun kelahiran.
Seterusnya tempahan dari Cik Ayu MBB Taipan, antara juadah yang ditempah adalah
KASUI PANDAN
SANDWICH TUNA
BIHUN GORENG
Tempahan kuih tradisional ini adalah dari pelanggan tetap saya juga Puan Anne di USJ18.
KASUI PANDAN
SERIMUKA
KUIH LAPIS
KASUI GULA MELAKA
Puan Anne dari USJ18 sekali lagi menempah beberapa juadah unutk majlis sambutan kelahiran puteri beliau.
SANDWICH TELUR dan TUNA
CREAM PUFF CUSTARD
CHOCOLATE CUPPIES dengan EDIBLE IMAGE
Puan Shamala dari USJ3 menempah beberapa juadah untuk minum petang, antaranya adalah
ROTI JALA dan KARI AYAM dengan KENTANG
SANDWICH TELUR
APAM POLKADOT
Sahabat sekolah saya Noorin menempah juadah makan tengahari dan juga pencuci mulut
NASI TOMATO dan AYAM MASAK MERAH
Tempahan roti jala ini dari Puan Pamela Putra Heights
Hari pertama ~ CREAM PUFF CUSTARD, KARIPAP KENTANG, NASI GORENG CINA dan TELUR MATA
Hari kedua ~ SANDWICH TELUR, TALAM PANDAN, NASI TOMATO dan AYAM MASAK MERAH serta ACAR SAYUR
Hari ketiga ~ KUIH LAPIS, KARIPAP KENTANG, NASI MANDY
Hari keempat ~ SANDWICH TUNA, KASUI GULA MELAKA, BIHUN GORENG dan TELUR MATA
Puan Syidah dari MBB TAIPAN menempah NASI LEMAK untuk sedekah hari JUMAAT beliau buat rakan-rakan sepejabat. Alhamdulillah moga Allah lapangkan segala urusan dandiluaskan rezeki buat beliau
FRUITV TART dan SANDWICH TELUR ini pula tempahan dari Cik Yvonne di Taman Prima Puchong.
Puan Shanti dari USJ17 pula menempah STRAWBERRY dan BLUEBERRY CHEESE TART dan CREAM PUFF CUSTARD.
FRUIT TART tempahan dari Puan Jamilah USJ9
Alhamdulillah sedekah Jummat dari Puan Syidah MBB Taipan buat rakan sepejabat.
ROTI JALA dan KARI AYAM dengan KENTANG
NUTEELA CHEESE TART dari Puan Sharm USJ18
Wanie di USJ2 pula menempah APAM POLKADOT dan juga CREAM PUFF CUSTARD
Puan Angie dari Taman Tasik Prima Puchong menempah FRUIT TART dan CREAM PUFF CUSTARD.
Ayu dari MBB menmepah NASI LEMAK dan pencuci mulut KASUI PANDAN dan CREAM PUFF CUSTARD
Puan Shamala dari USJ18 menempah SANDWICH TUNA dan SANDWICH TELUR
ROTI JALA tempahan dari Puan Shanti USJ17
Berikut adalah tempahan CREAM PUFF CUSTARD yang saya terima dari Kak Sue Sri Tanjung, jiran saya Kak Halipah, sahabat sekolah saya Norsuhaida dan Zie, saudara saya Kak Dah di USJ13, Puan Sheila di USJ3 dan Kak Wan USJ9 yang menempah CREAM PUFF CHOCOLATE
Terima kasih
~~ NA ~~