Assalamualaikum semua, Alhamdulillah atas rezeki yang berpanjangan. Sebelum saya update segala tempahan saja saya nak kongsi dengan anda semua satu gambar yang saya jumpa di FB dan saya amat-amat tertarik dengan kata-kata dalam gambar tersebut
Hahaha saja saya besarkan gambar tersebut. Alhamdulillah tiap kali saya menerima tempahan itulah yang saya ingatkan diri saya JANGAN KEDEKUT bahan, macamana kita masak untuk keluarga kita macam itu juga kita masak untuk tempahan. Biarlah pelanggan rasa berbaloi membayar dengan apa yang ditempah. Jangan risau untung sikit atau bayaran tak setimpal, prinsip saya BIAR UNTUNG SEDIKIT TAPI BERPANJANGAN dari UNTUNG BANYAK TAPI LAKU SEKALI SAJA. Alhamdulillah berpegang pada ini lah INDULGE YOURSELF mampu bertahan untuk tahun yang ke 12. Terima kasih semua yang menyokong.
Ok back to business, pembuka tempahan bulan Ogos dari Encik Hafiz dari Space U8 untuk program motivasi agen-agen insurance di bawah beliau. Kuih Cara Manis, Kuih Lapis dan Bihun Goreng Singapore adalah menu yang ditempah
Puan Syidah dari MBB USJ meminta saya buatkan Nasi Lemak
Sekali lagi Encik Hafiz dari Space U8 menempah juadah Nasi Lemak
Ini pula dari anak saya dan rakan sekolah beliau yang berpiknik di Port Dickson.
Bihun Goreng Singapore
Puan Pamela dari Putra Heights menempah Rendang Ayam dan Sambal Tumis Ikan Bilis.
Mini Chocolate Cuppies permintaan dari jiran saya Kak Halipah
Mini Chocolate & Vanilla Cuppies ini pula adalah dari Puan Masya sebagai sedekah hari Jumaat utnuk anak-anak RACTAR.
Anak buah saya Nadzrin telah meminta saya masakan juadah santapan tengahari untuk majlis tahlil dan doa selamat kenalannya. Antara yang menjadi pilihan adalah
Nasi Hujan Panas
Juadah ini adalah dari rakan anak saya Sofea Elisya sempene ulangtahun kelahiran beliau. Aunty doakan moga Allah kurniakan yang terbaik dunia akhirat buat Elisya
Spaghetti Olio Aglio
Bihun Singapore
Sandwich Telur
Sandwich Chicken Teriyaki
Baked Potato with Cheese
Mini Blueberry Cuppies dari saya buat birthday girl
Bihun Singapore dari Puan Ayu MBB USJ.
Pulut Kuning dan Rendang Ayam tempahan dari Puan Syidah di Batu Tiga sempena ulangtahun kelahiran puteri beliau
Tempahan Merdeka dari Puan Anita di Putra Heights.
Roti Jala & Kari Ayam
Creampuff.
Creampuff ditempah oleh Kak Sue dan Atie di Sri Tanjung, jiran saya Kak Halipah, Puan Joanne dari USJ8 dan Puan Shila di Puncak Alam.