Assalamualaikum semua. moga semua nya sihat dalam barakah kasih rahmat Allah.. Alhamdulillah masih diberi rezeki dari Yang Maha Esa..Jommm kita tengok apa pelanggan-pelanggan kesayangan INDULGE YOURSELF order sepanjang bulan Oktober ya..
Tempahan ROTI JALA dari jiran saya Kak Sharipah.
Puan Pamela dari SS14 menempah PULUT KUNING.
Seterusnya PULUT KUNING dan RENDANG AYAM ini tempahan dari Ayu MBB Taipan sebagai pengganti kek buat sahabat sempena hari kelahiran.
Puan Syidah juga dari MBB Taipan meminta dibuatkan NASI LEMAK untuk sedekah Jumaat.
Adik saya Ween di USJ2 menempah juadah minum pagi untuk jamuan di pejabatnya
Roti Jala & Kari Ayam bersama Kentang
Soto Bihun & Nasi Impit.
Saudara saya Abang Adli pula menempah 2 jenis pencuci mulut
Blueberry Cheese Tart
Mendapat wassap dari Ayu MMB Taipan lady boss beliau ingin menempah RENDANG AYAM.
Sahabat pada anak saya Kerin pula meminta dimasakan NASI MANDY KAMBING untuk santapan tengahari.
Puan Syamala di USJ4 pula menempah "vegetarian dessert" antara yang saya syorkan adalah
Fruit Tart
Eggless Mini Choc Cuppies with buttercream.
Cikgu Dianah guru SKUSJ20 pula meminta saya buatkan BLUEBERRY CHEESE CUPPIES
Oh
Jamuan minum petang mensyuarat staff MBB Taipan, Ayu menempah KASUI PANDAN.
Puan Hanizah dari USJ20 pula meminta saya masakkan beberapa juadah antara yang menjadi pilihan adalah
Creampuff Kastard
Sahabat saya Ly di USJ17 menempah manisan untuk dibawa ke majlis kenduri kahwin saudara nya.
KASUI PANDAN
Puan Mary pula menempah hidangan sempena perayaan Deepavali.
Rendang Daging
Rendang Ayam
Ini pula tempahan CREAMPUFF sepanjang bulan Oktober yang di minta oleh Kak Sue di Sri Tanjung, sepupu saya Suri di USJ21, bonda saya, Kak Jamilah di USJ14 dan Masya dari Putra Heights.
Terima kasih
~~ NA ~~