Assalamualaikum semua... moga sentiasa sihat hendaknya. Alhamdulillah masih dipinjam kudrat oleh Nya untuk mencari rezeki. Berikut adalah tempahan yang diterima sepanjang bulan Oktober.
Kawan saya semasa kami sma-sama merantau mengikut suami mencari rezeki, Ja menempah CREAMPUFF dan juga ROTI JALA & KARI AYAM.
Adik saya Ween di USJ2 meminta saya buatkan ROTI JALA & KARI AYAM.
ROTI JALA ini pula dari saudara saya Kak Dah di USJ13.
Pejabat di mana adik saya Ween bekerja meminta saya buatkan LONTONG dengn KUAH LODEH dan juga SAMBAL SOTONG untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sekama 3 minggu berturut-turut.
Cikgu Faizah jiran saya menempah ROTI JALA & KARI AYAM dan PULUT KUNING bersama RENDANG AYAM.
SAMBAL IKAN BILIS dengan KENTANG dan SAYUR CAMPUR permintaan adik saya Ween untuk pejabat nya.
Sekali lagi jiran saya Cikgu Faizah menempah PULUT KUNING dan RENDANG AYAM.
Puan Pam di SS14 minta saya menyediakan NASI TOMATO dan AYAM MASAK MERAH.
Siti yang menetap di Sri Tanjung menempah ROTI JALA dengan KARI AYAM dan juga CREAMPUFF untuk tahlil arwah suami dan bersempena Maulid Nabi.
Athirah di Shah Alam menempah KEK PANDAN GULA MELAKA untuk majlis reunion rakan sekolah bondanya.
CREAMPUFF bulan ini ditempah oleh Faridah dan Siti dari Sri Tanjung, saudara saya Kak Zilan di Bukit Jelutong dan Adliyah di USJ7, jiran saya Cikgu Faizah juga Kak Hasmah juga Athirah di Shah Alam.