Sunday, October 25, 2015
Happy birthday Nurshawallissa Dania
Assalamualaikum semua..cerita hari Ahad lepas..birthday invitation diterima dari mak lang Sungai Buloh sempena ulangtahun kelahiran anak saudara beliau. Antara yang ditempah mak lang
Choc Fudge Cuppies dengan buttercream
Creampuff Custard
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan makanan semua sedap-sedap..terima kasih kerana sudi menjemput mak lang dan buat adik Nurshawallissa Dania selamat harilahir..moga sentiasa dalam jagaan Allah.
Terima kasih
~ NA ~
Saturday, October 10, 2015
Happy Birthday Princess Husna
Assalamualaikum..tempahan seterusnya datang dari Puan Sheena yang menetap di Seri Kembangan. Jamuan ulangtahun kelahiran anak saudara beliau yang ke ~ 5.
CHOC FUDGE CAKE dan VANILLA BUTTERCREAM
Antara yang ditempah oleh Puan Sheena untuk hi-tea sempena harilahir anak saudara kesayangan
CREAM PUFF CUSTARD
FRUIT TART
Lewat tengahari saya menerima wassap dari Puan Sheena
Alhamdulillah syukur..bila pelanggan puas hati dengan air tangan kita..buat Husna aunty doakan moga Allah berikan hanya yang terbaik buat Husna..
Terima kasih
~~ NA ~~
Majlis ilmu warga Subang Alam
Assalamualaikum..Alhamdulillah Sabtu lepas warga Subang Alam telah dengan jayanya mengadakan majlis ilmu bulanan di surau kawasan kejiranan mereka..menu kali ini seperti biasa ayam masak merah, acar dan nasi tomato diminta untuk santapan 30 orang jemputan..
Terima kasih
~~ NA ~~
Tuesday, September 29, 2015
Junior Baking Class
Assalamualaikum semua..Seorang rakan saya menyarankan saya membuat kelas kek bagi mengajar anak- anak dan Alhamdulillah bersempena cuti sekolah baru-baru ini JUNIOR BAKING CLASS diadakan di rumah saya..sebetul nya saya belum layak lagi untuk mengajar..sekadar kelas untuk anak-anak InsyaAllah tapi untuk dewasa maaf saya belum ada keyakinan ;-)
Kelas diadakan 2 sessi..sessi pagi bermula dari 9.30am ~ 1pm dan sessi ke dua pula dari 2pm ~ 6pm..
Saya mengambil teknik mengajar secara hands-on..resepi diberikan dan anak-anak perlu melakukan semua sendiri..saya hanya memantau.. InsyaAllah saya harap dengan cara ini anak-anak dapat membuat kek dengan sendiri kemudian hari.
Antara yang dapat saya rakam kan
Sessi 1
Saturday, August 22, 2015
Order penghujung Syawal
Assalamualaikum..Alhamdulillah rezeki bulan Syawal..biar gambar berbicara saja la ye..
Nurul dari DRB Hicom sempena "open opis"
Fruit tart
Nutella Cheese Tart
Choc muffin
Egg tart
Kak Ani dari Subang Alam untuk majlis ilmu di kediaman nya
Cream puff kastard
Ida dari Putra Heights..jamuan hari raya Maybank Jalan 222.
Cream puff kastard
Fruit tart
Minggu lepas juga sekolah anak saya mengadakan Hari Keusahawanan..bagi memeriahkan acara ini anak-anak diminta menyumbangkan apa jua jenis makanan untuk dijual pada hari tersebut..
Fruit tart dijual oleh anak saya
Anak Ida pula meniaga Cream puff kastard saiz xxl..hehehe
Terima kasih
~ NA ~
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































