Monday, March 12, 2018

Antara jamuan pejabat dan "fund raising"

                                       Assalamualaikum semua. tempahan berikut adalah dari rakan saya Ida, Putra Avenue. Pada awalnya anak beliau Kerin menempah untuk kutipan duit bagi menjayakan satu rancangan yang bakal mereka adalah hujung tahun nanti. Esoknya Ida pula menempah untuk jamuan di pejabat beliau.


                                                     CHEEWY GOOEY BROWNIES








                               RISOLES AYAM CHEESE tempahan dari rakan sekerja Ida.





Terima kasih
~~ NA ~~

** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 4 hari sebelum **

Monday, February 12, 2018

Reunion MGSKL class of 91

                      Assalamualaikum, Alhamdulillah tahun ini sekali lagi kami berkesempatan untuk berkumpul dan bertemu dengan rakan-rakan sekolah dan saya rasa buat pertama kalinya perancangan untuk reunion ini sangat lancar tanpa apa-apa tundaan tarikh mahupun pertukaran lokasi dan mendapat kata sepakat dalam tempoh yang singkat 😂😂

          Seperti kebiasaan tiap kali berjumpa sahabat saya Taty akan menempah CREAM PUFF KASTARD

.

                 BLUEBERRY MUFFN sebagai tanda kasih saya buat sahabat tersayang. InsyaAllaj moga kita akan terus bersahabat hingga ke Jannah. Sayang korang ketat-ketat tau.




                          Selagi tak tamat waktu hi tea selagi itu la kami di situ makan, borak, bergelak ketawa, menyakat, Bila kita dah lama bersahabat dan dah kenal sangat peel setiap dari kawan kita sakat menyakat, usik mengusik, sentap menyentap tiada dalam kamus kami dah  tapi sebaliknya kami anggap ia sebagai pengerat persahabatan dan setiap kali kena sakat ketawa ajelah tak perlu nak terasa hati dan ini salah satu sebab persabatan kami masih kekal hingga sekarang walau sudah 27 tahun meninggalkan alam persekolahan. Tak perlu nak tunjuk ayu sopan bagai, kasi redah saja  asal tidak melampaui batas.



Terima kasih
~~ NA ~~

** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 4 hari sebelum **

Selamat Harilahir puteri mama

                     Assalamualaikum, Alhamdulillah 6 Februari genap 7 tahun usia puteri bongsu kami. Mia minta untuk berkongsi kegembiraan menyambut ulangtahun kelahiran dengan rakan-rakan sekelas. Tema yang dipilih DiDi & Friends dan juga Princess. 

                   Selamat harilahir Mia, sekejap saja Mia membesar namun di hati mama Mia tetap anak kecik yang sentiasa ingin mama belai dan manjakan. Doa mama moga Allah berikan hanya yang terbaik buat Mia, jadi anak yang solehah kebanggaan semua dan berjaya dunia akhirat. Sayang Mia selamanya...







Terima kasih
~~ NA ~~


** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 4 hari sebelum **

Kasih seorang ibu

                                      Assalamualaikum, memang tidak boleh disangkal lagi kasihnya seorang ibu seponjang hayat, walau di mana jua anak berada sikap prihatin ibu dan kasih sayang tidak pernah luntur.

                                         Sue, jiran saya menempah ROTI JALA, KARI AYAM dan CREAM PUFF KASTARD untuk santapan anak tersayang yang bersekolah asrama.
















Terima kasih
~~ NA ~~

** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 4 hari sebelum **

Cream puff

                              Assalamualaikum semua, CREAM PUFF KASTARD kali ini ditempah oleh rakan sekolah saya Zie yang menetap di Bangsar.





Terima kasih
~~ NA ~~


** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 4 hari sebelum **

Thursday, January 18, 2018

Happy Birthday Dhiya

               Assalamualaikum, order kali ini boleh dikatakan last minute juga dari adik saya Ija heheheh. Alhamdulillah mujur tiada yang remeh dan amat-amat memudahkan kerja saya kerana Ija antara "customer" saya yang "senang" atau bahasa mudah tak banyak songeh 😊..
  
               MOIST CHOCOLATE CUPPIES dengan buttercream topping dan edible image karektor My Little Poney menjadi pilihan untuk sambutan harilahir puteri kedua Ija. Selamat Ulangtahun Dhiya, moga Dhiya sentiasa dalam jagaan Allah dan berjaya dunia akhirat.





                  BLUBERRY MOIST CAKE untuk meraikan bersama dengan keluarga.








              Credit untuk Ija atas perkongsian gambar sekitar sambutan harilahir Dhiya yang disambut di kelas bersama kawan-kawan. Terserlah kegembiraan diwajah Dhiya.



 
 
Terima kasih
~~ NA ~~

** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 3 hari sebelum **

Merapatkan silaturrahim kekeluargaan

                         Assalamualaikum tempahan berikut pula dari sahabat saya Ina di Putra Heights sebagai buah tangan menziarah  keluarga  beliau. Moga Allah sentiasa merahmati keluarga Ina, InsyaAllah


                                                                     FRUIT TART
 





                                                                    CREAM PUFF






Terima kasih
~~ NA ~~
     


                                


** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 3 hari sebelum **

Meraikan para ustazah


                                Assalamualaikum semua..saya terima tempahan NASI TOMATO, AYAM MASAK MERAH dan ACAR SAYURAN, CREAM PUFF sebagai pencuci mulut dari Ustazah Faizah owner Tadika Dzul Iman USJ12 meraikan para ustazah yang mendidik anak-anak bagi sessi 2018.


                                                                       NASI TOMATO
 



   AYAM MASAK MERAH
 


                                                                    ACAR SAYURAN



                                                                     CREAM PUFF
 






               Di sini juga saya meminta untuk sama-sama kita mendoakan moga Allah memberikan kesembuhan buat Ustazah Faizah. Moga Ustazah Faizah sentiasa kuat dan tabah dengan ujian Allah.
 
 
Terima kasih
 ~~ NA ~~

** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 3 hari sebelum **

Risoles ayam cheese pembuka tirai 2018

                  Assalamualaikum..Alhamdulillah 2018 sudah..sekejap masa berlalu. 1 st order buat 2018 dari kawan saya Ida ~ RISOLES AYAM CHEESE. Bak kata Ida di office dia dah ada peminat setia risoles hehehh. Terima kasih ya staff MBB 222.



Terima kasih
~~ NA ~~

** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 3 hari sebelum **

Thursday, January 4, 2018

Cream puff penutup 2017

                  Assalamualaikum.. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas rezeki yang dilimpahkan.. sedar tak sedar Januari 19 nanti genap 8 tahun INDULGE YOURSELF. Jujurnya saya tidak menjangkan ia akan kekal begini lama. 

                      Pada permulaan INDULGE YOURSELF sekadar untuk mengisi masa lapang saya apabila pulang ke tanahair setelah hampir 8 tahun merantau di negara orang. Hidup di negara orang tak banyak, sedikit pasti akan merindui masakan negara kita sendiri apatah lagi bila menetap di negara yang amat susah untuk mendapat makanan halal. Tekak terasa amat merindui segala jenis kuih muih, masakan tradisional dan bermacam-macam lagi.  Segala jenis masakan apam balik, satay, kuah kacang, rendang, keropok lekor, cendol you just name it, asal terasa nak makan maka pakcik google tempat yang dituju Bermula dari sinilah saya, dari zero to hero hehehe.. Pengalaman merantau ke negara orang banyak mengajar saya, yelah dulu asal teringin saja minta mak masak kan paling tidak tunjuk saja dan hulur duit.  Dari situ saya mula belajar masak segala yang diidamkan dan masak untuk kuantiti yang agak banyak. Adat hidup di negara orang, kawan dah macam saudara. Berjumpa, berkumpul  makan-makan bagi menghilangkan rasa rindu pada keluarga yang jauh  dan semestinya memasing menantikan masakan Malaysia.

                    INDULGE YOURSELF bermula dengan  pencuci mulut dan kek. I loveee baking so much. Saya tak pernah enroll mana-mana kelas masakan. Guru saya adalah youtube, blog masakan sifu-sifu terkenal dan juga rakan-rakan bakers yang lain. Mereka tidak pernah kedekut ilmu dan moga Allah sentiasa merahmati mereka. Dari desserts, pelanggan saya mula bertanya masakan lain. Saya tahu sedikit sukar untuk mencari tempahan katering yang kurang dari 50 orang, saya sendiri pernah melaluinya. Maka bermula dari situ lah INDULGE YOURSELF berkembang bukan setakat pencuci mulut tetapi segala jenis tempahan yang diinginkan. 

                Terima kasih yang tak terhingga buat semua yang telah menyokong saya selama ini. Sahabat handai, saudara mara dan semua pelanggan saya, juga terima kasih atas sokongan keluarga saya, yang sama-sama membantu saya menyudahkan tempahan bilamana tempahan yang diterima diluar kudrat saya seorang diri.  Love you guys..

                      Tempahan cream puff penutup tirai 2017 adalah dari jiran kakak saya Kak Ani di Subang Alam 







           Ini pula tempahan Ima dari Sri Tanjung.







Terima kasih
~~ NA ~~

** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 3 hari sebelum **