Friday, March 26, 2010

From Coklat to Chip

        Assalamualaikum pembuka bicara..thehehehe...tempahan dari si coklat yg jaaauuuhhh di seberang untuk si chip yang deekkaaattt di sini..dek sebab temanya coklat & chip so saya buatkan simple deco sahaja...apa-apa pun "SELAMAT ULANGTAHUN"  ye buat cik chip kita..


 

         INDULGENCE CHOCOLATE MOIST CAKE topping nyer chocolate mouse & ganache..ikut resepi asal ada pisang tengah2 kek tuh tapi dek sbb penerimanya si chip tak makan buah hatta sayur sekalipun so terpaksalah derhaka pada sang resepi...2kg ~ RM65.. 1kg~40
Untuk tempahan sila email ke najmie_na@hotmail.com
Terima kasih


Monday, March 22, 2010

new products in da house..

Assalamualaikum...selamat bersiaran..huh lama betul ye tak menghapdet blog neh...ada busy la sket...sepanjang ke'busy'an ku ada lah gak menyelit2..menggodek2 beberapa resepi..dan wallaaa ini lah hasilnya..




MINI CHOCOLATE MUFFIN ~ 25 pieces RM10.00..additional RM3 untuk filling ~ coklat @ buttercream.





CHILLED CHEESE CAKE with CHOCOLATE MOUSSE & GANACHE selling for RM60 ( 9 inci X 3 inci ) dan RM40 ( 7 inci X 2 inci )



saya terlambat snap gambar, dah nak cair dah dia :-((
 
dan ini adalah gambar ehsan sebabnya belum sempat saya snap yang dah dipotong memasing sudah ngap dalam mulut :-((

             Seperti biasa kepada yang berminat boleh menghubungi saya di najmie_na@hotmail.com

Hingga ketemu lagi..InsyaAllah...

Thursday, February 4, 2010

PRODUK BARU DIPASARAN

Alhamdulillah..maju setapak lagik...buat julung-julung kalinya memperkenalkan APAM KUKUS WITH STRAWBERRY @ BLUEBERRY FILLING...minimum order 25 pieces for RM9.00 ONLY.... interested???..kindly email me najmie_na@hotmail.com


Terima kasih..




Sunday, January 24, 2010

CHEESE TART (strawberry/blueberry/kiwi) & EGG TART

           Bersiaran semula kita...Alhamdulillah berkat usaha dan sokongan kwn2, maka lahir lah pulak CHEESE TART and also EGG TART...

       
CHEESE TART saiz M ( strawberry @ blueberry @ kiwi filling ) ~ RM27  untuk 30 pcs. Kurang dari 30 harganya RM1.20 setiap satu.

       
    


CHEESE TART saiz S ( strawberry @ blueberry @ kiwi) ~ Rm20 untuk 30 pcs.






EGG TART saiz M ~ RM22 untuk 30 pcs. Kurang dari 30 harganya
RM1.00 setiap satu.






EGG TART saiz S ~ RM17 untuk 30 pcs



             
           Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tuh.Jika ada yang berminat boleh lah hantar email ker najmie_na@hotmail.com.. InsyaAllah bagi yang tinggal di kawasan Subang Jaya dan persekitarannya juga Shah Alam saya sedia menghantarnya terus ke muka pintu rumah anda...

Terima kasih atas sokongan semua!!!



Wednesday, January 20, 2010

Mulanya disini....

                Bukan nak bangga diri tapi setakat neh Alhamdulillah produk yang ditawarkan menggalakkan..feed back yg diterima sumer nyer kata sedap.Terus terang saya katakan frozen food kecuali DONUT saya ambil dari makcik saya di Kelantan..yg terhangat di pasaran selalunya ~ KUIH BIJAN & KARIPAP KARI DAGING..pernah sampai kehabisan stok la..hehehe..

               
KARIPAP DAGING ( KARI ATAU KURMA ) ~ RM3 untuk 12 pcs.       
KARIPAP SARDIN ~ RM3.50 untuk 12 pcs



    
    

DONUT ~ RM3 untuk 12 pcs






KUIH BIJAN inti kacang merah ~ RM3 untuk 15 pcs.






 MURTABAK KING inti daging ~ RM12  

1RASA KUAH KACANG ~ RM5.00 (250gm). Cuma perlu tambah air panas sahaja. Sesaui untuk dimakan bersama nasi himpit, pecal, satay atau rojak. Kuah kacang ini adalah resepi ibu mertua saya..dah diperturunkan ke anak dia ( hubby saya laa..)..         
    

            Pada awalnya kami memasarkan 1RASA KUAH KACANG neh di beberapa PETRONAS & kedai runcit yg terpilih di sekitar Subang Jaya.Kemudian kami mendaftar syarikat dengan SSM dan seterusnya dengan FAMA. FAMA bersetuju memasarkannya di AGRO BAZAAR di Mydin Subang Jaya.Kami berkesempatan membuat promosi disana ( kurang 1 bln sebelum AidilAdha )..Alhamdulillah tak disangka mendapat sambutan dari pelbagai peringkat manusia..dari kanak-kanak ke dewasa..baik kaum melayu..cina dan juga india ( jadi terjawaplah sudah mengapa & kenapa kuah kacang ini diberi nama 1RASA KUAH KACANG ala-ala 1MALAYSIA la jugakk. Kami terpaksa dengan rela hati membuat promosi kali ke-2 yang diadakan minggu berikutnya...pun sama juga, sambutan diluar jangkaan.


             
Terima kasih...






Tuesday, January 19, 2010

Assalamualaikum


         Bermula dengan minat memasak tidak kira kek, kuih-muih, lauk-pauk dan masakan barat, kemudian mendapat tempahan kecil-kecilan dari sahabat handai maka lahirlah

         Buat permulaan  menumpukan kepada makanan sejukbeku (frozen food) dan masakan segera (instant food). InsyaAllah sedikit masa nanti akan menerima tempahan sajian pencuci mulut dan masakan barat.

          Dimulakan dengan kalimah  diiringi doa serta sokongan anda diharap  akan berjaya mendapat tempat dihati semua dan moga ia menjadi salah satu cabang rezeki... InsyaAllah..