Thursday, February 11, 2016

Majlis aqiqah cucuanda

      Assalamualaikum..order mengejut dari Kak Ani..heheh kisah nya jiran pada kakak ipar Kak Ani bercadang mengadakan majlis aqiqah inginkan   cream puff kastard sebab pernah merasa ketika majlis akikah cucu sedara Kak Ani dulu. Dipendekkan cerita..miss communication orang putih kata..malam nya baru kakak ipar bertanyakan perihal order..kesian Kak Ani kelam kabut telefon saya bertanya boleh ke tidak siapkan order.

      Cuti raya cina faham-faham la kedai banyak tutup dan saya pula jenis yang tidak suka simpan stok lama-lama..kerana itu  saya lebih suka diberitahu sekurang-kurangnya 3 hari awal..Ada order baru saya beli bahan baru lah semua nya fresh kan ..Risau   saya jika bahan tidak cukup tapi Alhamdulillah bila Allah dah tetapkan rezeki memang InsyaAllah ada la rezeki nya kan. Majlis berlangsung selepas solat maghrib Alhamdulillah jam 12.30pm saya berjaya siapkan 245 biji atau 5 set cream puff.

                
 
Terima kasih
~ NA ~

No comments: