Friday, March 30, 2018

Brownies sempena harilahir isteri tercinta

                         Assalamualaikum. haaaa tempahan kali ini meman kamikaze betul lah 😅  Sebabnya saya terima panggilan dari Mr Giri lebih kurang jam 3.00pm menempah CHEWY GOOEY BROWNIES. Ketika  ditanya bila dia mahukan brownies dijawap hari ini juga dan jam berapa paling awal boleh saya siapkan . Saya katakan saya akan cuba untuk siapkan sekitar jam 6.00 petang. Alhamdulillah mujur juga semua bahan ada daalm simpanan. Saya kurang suka menyimpan stok sebab takut tersimpan lama rasa dan bau nya akan berubah, biar fresh gitu kan. Itu antara sebab saya minta pelanggan untuk menempah sekurang-kurangnya 3 atau 4 hari sebelum.


                        Dek kerana masa yang suntuk maka saya tidak dapat menyediakan topping SALTED CARAMEL maka saya gantikan dengan CHOCOLATE topping.  INDULGE YOURSELF mengucapkan selamat hariulang tahun kelahiranbuat Mrs Giri. Moga sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.





Terima kasih
~~ NA ~~

                          



** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 4 hari sebelum **

No comments: