Assalamualaikum.. Alhamdulillah atas segala rezeki yang telah dikurniakan Allah sepanjang 2020..walaupun banyak dugaan yang menimpa namun pasti ada hikmah disebaliknya dan sesungguhnya Allah telah berjanji Dia tidak sesekali menguji hambaNya diluar kemampuan kita.
Tempahan bulan penutup 2020 dimulakan dengan tempahan Puan Mary yang meminta saya membuat juadah Rendang Daging dan Ayam Masak Merah ditempah awal bulan. Sekali lagi juadah yang sama dengan penambahan Kurma Ayam sempena sambutan Hari Natal.
Lasagna dan Vanilla Muffin ini pula adalah dari adik saya Wanie di USJ2
Cream Puff bulan ini ditempah oleh Kak Sue Sri Tanjung, Kak Halipah jiran saya dan Chocolate Ceam Puff dari adik ipar saya Atil.
Terima kasih
~~ NA ~~