Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah atas rezeki yang tak putus-putus dari Allah yang disampaikan melalui semua pelanggan INDULGE YOURSELF. Saya doakan anda semua dilimpahi rezeki yang berterusan.
Tempahan bulan Mac didahului dengan PULUT KUNING dari Puan Pamela di USJ23.
Ranita, ibu kepqda kawan anak saya meminta saya masakkan juadah untuk mereka sekeluarga yang diuji dengan Covid 19 dan dikuarantinkan di rumah.
Menu hari Rabu ~ sup ayam dan kentang, sayur campur & sambal belacan.
Menu hari Khamis ~ kari daging dan kentang, kangkung goreng belacan. telur dadar, sambal belacan
Menu hari Sabtu ~ mee sup ayam dan fishball.
Menu hari Ahad ~ black pepper, masak lemak kobis & nasi baryani
Anne di USJ18 antara pelanggan setia INDULGE YOUSELF menempah juadah pemanis mulut untuk jamuan pejabat beliau.
Kasui Gula Melaka, Serimuka, Kuih Lapis
Adik saya Ween yang berada di USJ2 menempah hidangan NASI MANDY, SANDWICH TELUR dan COKLAT CUPCAKE untuk disedekahkan kepada anak-anak di Rumah Perlindungan Ulin Nuha.
Jiran saya Kak Yamasita pula menempah CHICKEN PIE dan CREAM PUFF.
Wanie, adik pada Ween, adik saya juga la 😀. Mereka menguruskan tadika Nurkids yang mempunyai beberapa cawangan di ibukota. Wanie menempah NASI GORENG CINA dan CREAM PUFF untuk jamuan di tadikanya.
Seterusnya Noorin rakan sekolah saya menempah RENDANG AYAM.
Puan Shamala di USJ3 juga antara pelanggan setia INDULGE YOURSELF menempah KASUI GULA MELAKA dan RUBY JELLY.
Puan Anne dari USJ18 menempah pencuci mulut untuk ahli keluarganya yang vegetarian sempena majlis pengkebumian adik ipar beliau. Antara yang menjadi pilihan adalah KASUI GULA MELAKA dan RUBY JELLY.
Puan Liza dari USJ20 meminta saya siapkan beberapa juadah untuk beliau dan juga kenalan beliau yang sedang kuarantin wajib akibat Covid 19. Antara menu yang menjadi pilihan adalah
Menu hari Khamis ~ Nasi Ayam
Menu hari Jumaat ~ Roti Jala & kari ayam dan kentang
Sedekah Jumaat ke masjid berdekatan
Menu hari Sabtu ~ Chicken pie dan Mihun siam
Tempahan sekali lagi datang dari Anne USJ18 yang minta saya buatkan beberapa juadah pemanis mulut untuk vegetarian Ruby Jelly, Kasui gula melaka, Caramel Pudding
Sedekah buat anak-anak RACTAR dari Puan Masha ~ APAM POLKADOT
ROTI JALA tempahan dari Puan Pamela USJ23
Bersempana sambutan hari kelahiran adik saya wanie, beliau meminta saya buatkan PULUT KUNING dan RENDANG AYAM untuk disedekahkan pada qariah surau. VANILLA CUPPIES pula untuk anak-anak tadika beliau.
Sahabat saya Mas di Putra Avenue menempah ROTI JALA
NASI TOMATO sedekah Jumaat oleh Puan Liza untuk dihantar ke masjid berhampiran dan juga sahabat handai yang sedang menjalani kuarantin dirumah akibat Covid 19
Sahabat saya Fae di Kg Kenanga menyelit tempahan NASI TOMATO😀
MINI COKLAT dan BLUEBERRY CUPPIES buat anak-anak RACTAR sedekah Jumaat dari Puan Masha
SANDWICH TUNA dan SANDWICH TELUR tempahan dari rakan anak saya Nisaa di USJ17
CREAM PUFF ditempah sepanjang bulan MAC oleh jiran saya Kak Hasmah dan Kak Sue juga dari Puan Masya di Putra Heights menempah CREAMPUFF KASTARD dan COKLAT.