Assalamualaikum semua, tempahan bulan Julai dimulakan dengan tempahan PULUT KUNING dan RENDANG AYAM dari jiran saya Cikgu Faizah untuk majlis agama di Masjid Al Madaniah. Dah alang-alang merendang cikgu juga minta dimasakkan RENDANG AYAM untuk makan sendir, katanya frozen kan senang, tak ada lauk preheat 😁
Puan Zaireen dari USJ21 pula menempah ROTI JALA dan KARI AYAM.
Kawan anak saya Kerin menempah beberapa juadah antaranya,
SANDWICH AYAM TERIYAKI
SANDWICH TUNA
CREAMPUFF
ROTI JALA tempahan dari Puan Farah di Seksyen 19.
PULUT KUNING dan RENDANG AYAM ini ditempah oleh adik saya Wanie di USJ2.
Sepupu saya Ila di Shah Alam meminta saya buatkan PULUT KUNING dan RENDANG AYAM untuk diberikan pada bakal besan di majlis pertunangan puteri tunggal beliau.
FRUIT TART dan CREAMPUFF sebagai menambah juadah pemanis mulut.
CREAMPUFF yang ditempah sepanjang bulan Julai dari jiran saya Kak Halipah, Faridah yang berada di Sri Tanjung dan juga Puan anita di Putra Heights.
Terima kasih
~~ NA ~~
No comments:
Post a Comment