Assalamualaikum semua, Alhamdulillah bertemu kita lagi di bulan Ramadan penuh barakah. Santapan berbuka diterima dari kawan saya Ida yang menetap di Putra Heights. Beliau menempah Set NASI ARAB KAMBING dan juga AYAM.
Seterusnya juadah berbuka CHICKEN LASAGNA diterima dari kawan anak saya Dr Faizan yang berada di Puchong.
Tempahan PULUT KUNING dengan RENDANG AYAM untuk majlis khatam Al-Quran jemaah Masjid Al-Madaniah ditemoah oleh jiran saya Cikgu Faizah.
Ayu dari Cyberjaya menempah RENDANG DAGING santapan di pagi raya dan dengan tempahan ini maka berakhir lah Ramadan 2026. Moga Allah pertemukan kita dengan Ramadan 2027 InshaAllah.
Alhamdulillah selesai sudah Ramadan maka Syawal kita raikan. Dimulakan dengan tempahan ROTI JALA dan KARI AYAM dari anak saudara saya.
COKLAT CUPPIES ini pula dari sepupu saya Ila di Shah Alam sempena majlis akad nikah anak tunggal mereka Sya. Selamat pengantin baru buat Amylia Syasya dan Ikram Hamdi. Moga kekal bahagia hingga ke Jannah dan dikurniakn zuriat yng soleh dan solehah.
Juadah pemanis mulut sempena rumah terbuka sahabat saya, Ina di Putra Heights ~ CREAMPUFF KASTAD dan FRUIT TART.
Terima kasih
~~ NA ~~






















No comments:
Post a Comment