Sunday, September 25, 2016
Brownies AidilAdha
Assalamualaikum...Chewy Gooey Brownies dengan sos caramel diterima dari jiran saya Jidah. 2 kotak untuk bekas guru sekolah yang menetap di Kemaman dan berhari raya di rumah anakanda di sini sementara sekotak lagi untuk beliau sekeluarga.
CHEWY GOOEY BROWNIE
Jidah mempunyai kedai makan MOKSUBE NASI KUKUS No 16, Jalan Tiara 1, Tiara Square, Tmn Perindustrian Sime UEP , USJ 12, 47600 Subang Jaya.
Telephone : 0 135356606. Jika anda ingin menikmati makanan authentic Pantai Timur anda tidak akan kecewa jika ke restoran beliau. Harga pun amat lah berpatutan dan pernah keluar di rancangan SARAPAN terbitan TV3.
Terima kasih
~~ NA ~~
Sunday, September 4, 2016
Timur vs barat
Assalamualaikum..last minute order dari Ustazah Faezah pemilik Tadika Dzul Iman Smart Khalifah sebagai santapan para pendidik usai program latihan untuk para ustazah Tadika Dzul Iman Smart Khalifah.
Ustazah Faezah minta dibuatkan Nasi Tomato dan juga Spaghetti Bolognese yang saya olah kan sedikit "berapi" sesuai dengan citarasa kita rakyat timur, tak pedas tak "kick" katanyaaa..hehehe
Set nasi tomato
Spaghetti bolognese citarasa timur
CREAM PUFF KASTARD ini pula diminta oleh Puan Norita pemilik Playworks Reading House sebagai jamuan ringan sempena seminar khas untuk para ibubapa.
Terima kasih
~~ NA ~~
Thursday, September 1, 2016
Semoga berjaya..
Assalamualaikum...tempahan dari jiran saya Jdah sempena majlis bacaan doa selamat untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan. Anak sulung Jdah bakal menduduki PT3 bulan Oktober nanti manakala puteri beliau akan mengambil UPSR yang akan bermula Isnin hadapan.
Chewy Gooey brownies dan salted caramel
Monday, August 29, 2016
Saturday, August 13, 2016
Boboboi penyelamat...
Assalamualaikum..kisah nya suatu malam saya terima wassap dr kawan saya Fae..minta dibuatkan kek dengan imej kartun kegemaran puteri bongsu beliau ~ Boboboi..katanya jenuh dah bertanya hatta kedai kek tiada yang sanggup terima tempahan..
Awalnya saya sendiri tak berani nak terima sebab waktu yang diperuntukan amatlah terhad yelah mana nak cari edible image Boboboi...mana nak siapkan kek..tapi bila Fae bercerita betapa berharapnya puteri bongsu beliau akan kek Boboboi untuk jamuan harijadi di tadika adoii luluh pula hati saya..
Esoknya dua tiga kedai saya terjah misi mencari edible image bermula malangnya tak ketemu..Alhamdulillah akhirnya Fae bertemu juga la dengan Boboi nya hehehe...maka terhasil lah..CHOC FUDGE CAKE dengan buttercream topping..
Terima kasih..
~~ NA ~~
Kisah Syawal...
Assalamualaikum semua..usai Ramadhan jenguk pula Syawal..terasa sekejap sangat Ramadhan tahun ini..InsyaAllah moga diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan..
Custard cream puff menjadi pilihan sepanjang Syawal..Alhamdulillah..
Kawan saya Mas dari Putra Heights
Saudara saya Kak Normah di Subang Alam..
Kakak saya Kak Ani di Subang Alam
Puan Siti dari Sri Kembangan
Cerita Ramadhan
Assalamualaikum..perghh sikit punya lemau ke saya nak update blog..berbulan-bulan lamanya heheheh. Sampaikan ada yang terlupa siapa punya order neh haa..jenuh perah otak huhuhu
Puan Hasnah dari Putra Heights
Order dari kawan sekampus saya Jaja yang menetap di Puchong diterima 2 hari sebelum raya 😊
Terima kasih semua..
~~ NA ~~
Subscribe to:
Posts (Atom)












































