Wednesday, March 21, 2018

Happy Birthday Sofea Amylia

                        Assalamualaikum, rakan saya Puan Nazly menempah  CHOC FUDGE CAKE bertemakan Unicorn untuk majlis harilahir puteri kedua beliau.
                      
                         Selamat harilahir Amylia, moga Allah sentiasa memberkati Amylia.


                                      CHOCOLATE FUDGE CAKE dengan BUTTERCREAM









Terima kasih
~~ NA ~~


** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 4 hari sebelum **

Monday, March 12, 2018

Meraikan majlis harilahir anak kenalan


                     Assalamualaikum, rakan saya Ida menempah NUTELLA CHEESE TART sebagai buah tangan ke majlis sambutan harilahir anak beliau.







Terima kasih
 ~~ NA ~~

Meraikan rakan sekerja MBB Jalan 222


                                         Assalamualaikum, Balkis juga staff MBB Jalan 222 dari jabatan berlainan juga wassap saya untuk tempahan makan-makan jabatan beliau. Antara yang menjadi pilihan adalah.


                                                        SPAGETHHI BOLOGNESE






                                         STRAWBERRY & BLUEBERRY CHEESE TART



                                                                 PUDDING CARAMEL





  Terima kasih
~~ NA ~~

Makan-makan MBB Jalan 222

                            Assalamualaikum, Puan Shazlin dari MBB Jalan 222 menelefon saya untuk tempahan jamuan rakan sepejabat.
 
 
                                                            CREAM PUFF KASTARD






                                                            MACARONI GORENG






Terima kasih

~~ NA  ~~

Hari Keusahawanan MBSKL

                     Assalamualaikum, saya salute pada guru-guru zaman sekarang. Nak dibandingkan dengan zaman saya, tugas seorang guru sekarang amatlah mencabar. Segala benda guru kena buat, Entahlah mana silap bagi saya murid-murid sekarang "manja"  semua nak kena disuap sudah lah aktiviti sekolah sekarang macam-macam. Walau pembahagian tugas sudah diberi tapi cikgu tetap  juga kena turun padang. Kesian cikgu.

                              Saya masih ingat lagi kali pertama sekolah saya mengadakan Hari Terbuka dan setiap kelas atau persatuan dikehendaki membuka sebuah gerai. Persatuan saya tidak terkecuali dan setelah berbincang dan mendapat persetujuan semua kami mengagihkan tugasan. Salah satu menu jualan adalah cendol dan saya ditugaskan untuk membeli bahan-bahan. Masa itu tak banyak pasaraya atau mini market dan pasar yang berhampiran dengan rumah saya adalah Chow Kit. Dekat tak dekat 30min jugalah perjalanan dengan bas awam. Cikgu hanya memantau dan tiada rungutan dari kami kerana kami tahu apa yang cikgu buat adalah untuk kebaikan kami juga supaya kami tahu apa erti tanggungjawap, kerjasama sepasukan dan membina jati diri agar menjadi insan yang berguna kelak. Terima kasih cikgu.

                                      Panjang pula mukadimah kali ini bukan apa sejujurnya saya sedikit terganggu dengan sikap generasi Y dan Z. Hanya satu perkataan boleh saya unggapkan ~PELIK. Saya pelik dengan cara pergaulan mereka dengan rakan-rakan, cara mereka berinteraksi dengan guru, cara permainan mereka ada tika saya tak mampu nak hadam geleng kepala saja lah sambil berdoa moga Allah jaga perilaku anak-anak saya.

                                       Tempahan kali ini dari rakan sekolah saya Ayu,  yang juga seorang pendidik untuk jualan di  Hari Keusahawanan sekolah beliau. Dari menempah, mengambil tempahan, repacking semua dibuat beliau. Murid-murid hanya menjual sahaja. Itu saya katakan awal tadi betapa untungnya anak murid zaman sekarang.  Moga Allah memberkati para cikgu sekalian. 

                             Antara yang bakal dijual adalah


                              CREAM PUFF KASTARD


                                                                   STRAWBERRY/BLUEBERRY CHEESE TART





RISOLES AYAM CHEESE





Terima kasih
~~ NA ~~

** untuk tempahan ~ najmie_na@hotmail.com @ 019-2700300...sekurang-kurang 4 hari sebelum **

Roti Jala PIBG

                                 Assalamualaikum, rakan saya Puan Nazly telah menempah roti jala untuk jamuan mesyuarat PIBG sekolah anak kami.

 




 Terima kasih

~~ NA ~~

Happy Sweet 17th Noen


                               Assalamualaikum, kawan saya Fae menempah CUSTRAD CREAM PUFF untuk "surprise birthday party" anak beliau Noen. Noen bersekolah asrama penuh dan dengan kerja sama rakan-rakan sekelas Noen majlis sambutan harilahir yang ke 17 pastinya menjadi salah satu kenangan terindah buat Noen. Aunty doakan moga terus cemerlang ya Noen.







Terima kasih
 
~~ NA ~~

Three in one celebration


                     Assalamualaikum.. Alhamdulillah tahun ini masih diberi kesempatan untuk menyambut tiga tarikh penting dalam bulan Februari.  Moga Allah sentiasa berikan yang terbaik buat kami sekeluarga dan satu kami dunia akhirat.
 
 
                      Terima kasih buat semua atas ucapan dan yang mendoakan kami. Moga kalian dirahmati Allah.


                      Tahun ini rasa macam nak sambut dengan cheese kek heheheh.. ada yang nak MANGO CHEESE CAKE ada yang nak OREO CHEESE CAKE. Untuk berlaku adil kita buat dua-dua 😁

                                                                   



Terima kasih
 ~~ NA  ~~

Happy birthday dear friend


                              Assalamualaikum, belated birthday celebration kawan saya, Fae. Sebetulnya Fae adalah mummy kepada kawan anak saya. Anak saya melangkah masuk ke sekolah sini ketika umurnya 8 tahun dan Alhamdulillah she can easily adapt and make friends. Maka sejak dari darjah 2 hingga lah UPSR mereka akan sentiasa berempat, rentetan dari bff sesame anak lah maka kami ibu-ibu pun menjadi rapat hingga ke hari ini walaupun 2 orang antara kawan anak saya telah berpindah ke sekolah lain setelah habis UPRS termasuk lah anak Fae.
 
                              Malangnya salah seorang dari sahabat kami, Lina kurang sihat maka bertiga ajelah kami. Terima kasih juga buat Mas moga sentiasa murah rezeki
 
                             
                                                    CHOC YOGURT FUDGE CAKE








Terima kasih
~~ NA ~~

Choc yogurt fudge cake untuk potluck

                                       Assalamualaikum, sekali lagi adik ipar saya Atil menempah CHOC YOGURT FUDGE kek untuk 'potluck" sekolah beliau.









Terima kasih
 ~~ NA  ~~