Monday, August 29, 2016
Saturday, August 13, 2016
Boboboi penyelamat...
Assalamualaikum..kisah nya suatu malam saya terima wassap dr kawan saya Fae..minta dibuatkan kek dengan imej kartun kegemaran puteri bongsu beliau ~ Boboboi..katanya jenuh dah bertanya hatta kedai kek tiada yang sanggup terima tempahan..
Awalnya saya sendiri tak berani nak terima sebab waktu yang diperuntukan amatlah terhad yelah mana nak cari edible image Boboboi...mana nak siapkan kek..tapi bila Fae bercerita betapa berharapnya puteri bongsu beliau akan kek Boboboi untuk jamuan harijadi di tadika adoii luluh pula hati saya..
Esoknya dua tiga kedai saya terjah misi mencari edible image bermula malangnya tak ketemu..Alhamdulillah akhirnya Fae bertemu juga la dengan Boboi nya hehehe...maka terhasil lah..CHOC FUDGE CAKE dengan buttercream topping..
Terima kasih..
~~ NA ~~
Kisah Syawal...
Assalamualaikum semua..usai Ramadhan jenguk pula Syawal..terasa sekejap sangat Ramadhan tahun ini..InsyaAllah moga diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan..
Custard cream puff menjadi pilihan sepanjang Syawal..Alhamdulillah..
Kawan saya Mas dari Putra Heights
Saudara saya Kak Normah di Subang Alam..
Kakak saya Kak Ani di Subang Alam
Puan Siti dari Sri Kembangan
Cerita Ramadhan
Assalamualaikum..perghh sikit punya lemau ke saya nak update blog..berbulan-bulan lamanya heheheh. Sampaikan ada yang terlupa siapa punya order neh haa..jenuh perah otak huhuhu
Puan Hasnah dari Putra Heights
Order dari kawan sekampus saya Jaja yang menetap di Puchong diterima 2 hari sebelum raya 😊
Terima kasih semua..
~~ NA ~~
Monday, June 6, 2016
Cerita sebelum Ramadhan
Assalamualaikum..RAMADHAN KAREEM..Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menikmati bulan yang penuh barakah ini..doa saya moga kita semua diberi kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah puasa dan melakukan ibadat-ibadat lain.
Order dari empunya restoran AH PEK KOPITIAM yang menetap satu taman dengan saya..set nasi tomato..cream puff..karipap sardin dan puff ayam cheese menjadi pilihan..thanks a bunch Cassie..
Nasi tomato Ayam masak merah
Acar sayur Cream puff kastard
Karipap sardin danpuff ayam cheese
Terima kasih
~~ NA ~~
Monday, May 23, 2016
KUKIS RAYA 2016
Assalamualaikum...Alhamdulillah Ramadhan akan tiba tak berapa lama lagi..moga Ramadhan tahun ini lebih mendekatkan kita kepada Yang Esa..
Bulan Ramadhan juga merupakan bulan rezeki..ramai di antara kita mengambil peluang berniaga tak kira la di pasar ramadhan..berniaga biskut raya dan tentu nya juga "dress maker" tak menang tangan menerima tempahan..Alhamduillah..kita berniaga neh jangan diharapkan untung semata ya..yang kena kejar adalah keberkatan dalam berniaga..jika berkat maka bertambah lah rezeki..InsyaAllah..
Saya juga tidak terkecuali untuk sama-sama mencari rezeki lebih sempena bulan yang mulia ini..tidak seperti tahun-tahun sebelum saya akan mengambil kukis dari Kak Dah di Sri Kembangan..tahun ini Kak Dah kurang sihat...ALMOND SLICE satu-satunya kukis yang Kak Dah buat untuk tahun ini kerana permintaan yang tinggi setiap tahun..satu lagi yang terlajak laris ialah VOLCANO..tapi puas di pujuk hehehe Kak Dah kata..tak larat..tak apa lah..moga Allah berikan kesihatan yang elok buat Kak Dah..
Dek sebab Kak Dah kurang membuat kukis tahun ini maka saya cuba la buat serba sedikit..moga memenuhi citarasa..
Bagi menghasilkan kukis yang enak penggunaan bahan hendaklah yang berkualiti..seeloknya guna lah butter atau pure butter kerana rasa kukis akan lebih sedap..lemak dan enak berbanding marjerin..ya betul pure butter atau butter agak mahal sedikit berbanding marjerin tapi kata nak kukis sedap kan maka harus lah keluar kan duit sedikit ye tak..untuk pengetahuan semua BUTTERCUP..BUTTERLITE ..BUTTERRICH bukan pure butter atau mentega tulen ya...kalau di gugel ia lebih kepada lepa tenusu..contoh pure butter seperti SCS...ANCHOR...TATURA BUTTER..memang sedikit mahal tapi berbaloi dari segi rasa..penggunaa mentega seperti BUTTERCUP..BUTTERLITE atau BUTTERRICH adalah lebih enak dan sedap berbanding marjerin.
TART NENAS KERANG
Lemak..lembut..gebu..cair dimulut
RED VELVET
rapuh dengan rasa lemak cream cheese
OREO CORNFLAKES DROP
rangup mewah dengan oreo dan cornflakes
CRANBERRIES CHOC AMOS
rasa masam manis cranberries bersama choc chip
dan hirisan badam
ALMOND SLICE
rasa coklat yang mewah bersama hirisan badam..
Jika ada yang berminat boleh lah wassap saya 019-2700300..tempahan ditutup minggu ke 3 kita berpuasa..InsyaAllah
Terima kasih
~~ NA ~~
Monday, May 16, 2016
Selamat Hari Guru & Selamat Harilahir Cikgu
Assalamualaikum..16 Mei hari guru yang disambut setiap tahun meraikan jasa dan pengorbanan guru yang tidak mengenal penat lelah mendidik kita. Bagi saya mendidik anak alaf baru amat amat mencabar..tabik spring saya pada cikgu semua..terima kasih kerana mengajar anak-anak saya.moga Allah sentiasa memberkati cikgu semua.
Minggu lepas saya menerima wassap dari Ima yang bertugas di sekolah anak saya. Bersempena sambutan hari guru dan ulangtahun kelahiran Cikgu Zaini, guru besar SKUSJ20 beliau meminta saya buatkan Indulgence kek..buat anak-anak pra sekolah pula Chocolate Moist cuppies menjadi pilihan..
Indulgence kek dengan edible image
Chocolate Moist cuppies
Terima kasih..
~~ NA ~~
Monday, May 2, 2016
Selamat bertunang Nurulhuda & Muazzin
Assalamualaikum..Alhamdulillah rezeki yang tidak putus-putus dari Allah Subhanahu wa ta'ala. Ada masa tak menang tangan juga menyiapkan tempahan pemanis mulut juga makanan frozen..terima kasih juga buat pelanggan saya yang sentiasa memberi sokongan,
Tempahan kek dan strawberry /blueberry cheese tart dari Kak Jah di Puchong Permai sebagai hantaran pertunangan puteri kesayangan beliau.
Selamat bertunang Nurulhuda dan pasangan Muazzin..moga direstui dan berkekalan hingga ke jannah.
Strawberry & blueberry cheese tart
Orange sponge cake & buttercream
Terima kasih
~~ NA ~~
Monday, April 11, 2016
Kek coklat kegemaran ramai
Assalamualaikum..seharian menyiapkan tempahan kek..mujur juga semuanya kek yang berasaskan coklat,.memudahkan kerja heheh
Tempahan chocolate cuppies untuk dibawa ke sekolah sempena ulangtahun kelahiran anakanda pada jiran saya.. Selamat harilahir Farisha..aunty doakan moga Farisha berjaya dalam UPSR dan menjadi anak kebanggaan semua..
Satu cabaran buat saya bilamana terpaksa beberapa kali juga la meng"adjust" roses pada cuppies kerana buttercream mudah mencair akibat dari cuaca yang panas..kena buat dengan pantas dan buttercream asyik la keluar masuk peti ais..heheh..apa pun terima kasih Sue..
Chocolate cuppies
Lagi satu tempahan Indulgence Chocolate Cake dari kawan saya Fae..hehehe sebenarnya Fae terliur bila saya wassap gambar kek yang saya buat untuk sepupu saya..dan kebetulan pula hari ini memang ada tempahan maka saya selitkan sekali..terima kasih Fae
Kek ini pula saya saja buat untuk dibawa ke tadika anak saya.. Alhamdulillah..rezeki Allah yang kita dapat kenalah selalu berkongsi kan moga-moga bertambah lagi nikmat Allah beri pada kita..simple choc cake..deco pon kita buat yang seringkas-ringkasnya..
Terima kasih
~~ NA ~~
Subscribe to:
Posts (Atom)














































